Isteri Saya Suka Dipeluk

Isteri Saya Suka Dipeluk
---------------------------
Siapa yang tidak suka dipeluk dan dimanjakan terutama oleh orang tersayang. Bukan kata anak-anak sahaja suka dipeluk mama dan papa tetapi mama juga suka apabila dipeluk oleh papa. Terasa bahagia dan selamat berada dalam dakapan suami tercinta.

Tetapi kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Kadang kala bagi sesetengah suami, terutama ketika mereka sedang sibuk bekerja, pelukan dan perlakuan manja isteri ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi rangsangan kepada jiwa mereka.

Wahai suami ketahuilah bahawa jika isterimu jarang dipeluk, semangatnya akan menjadi lemah dan kurang bertenaga kerana tidak mendapat cas positif daripada separuh jiwanya. Kasih sayang yang tidak dibuktikan tersebut boleh menjerut rasa seterusnya memberikan aura negatif kepada si isteri. Jadi bila suami peluk, baru terasa bersemangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga. Percayalah!

Malahan dari segi psikologinya, pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormon oksitosin dalam tubuh isteri dan memberikan kesan positif. Oleh itu para suami janganlah lokek dengan pelukan. Peluklah isteri anda, belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, genggam jari-jemarinya sebagai bukti kasih sayang anda. Berbahagialah rumah tangga.

Ketahuilah bahawa pelukan mampu membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim. Ia bukan sekadar petunjuk mahukan hubungan seksual. Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan.

Jika anda mendapat pasangan yang kurang memahami erti pelukan, usah malu untuk menyatakannya selain daripada anda sendiri memulakannya. Pasti suami tidak kedekut untuk membalas pelukan manja daripada isteri. Semuanya demi kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga juga.
Gambar: Isteri Saya Suka Dipeluk

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 TIP MENAMBAH AIR MANI

TENTANG SAYA