Kepentingan Iodin Untuk Ibu Hamil
0 Ketika hamil , wanita perlukan nutrien secukupnya agar diri dan bayi dalam kandungan sihat. Kekurangan sesetengah nutrien penting boleh menyebabkan kandungan bermasalah. Antara yang perlu diambil berat ialah tentang pengambilan iodin. Ikuti kupasan lanjut tentang hal ini oleh Profesor Creswell J. Eastman, Perunding Perubatan Endokrinologi dari Universiti Sydney, Australia. Menurut Prof. Eastman, iodin penting bagi wanita hamil untuk mengelakkan bayi dalam kandungan mengalami masalah . Katanya, iodin perlu untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi yang normal terutamanya ketika masih dalam kandungan. Dan keperluan ini berlanjutan sehinggalah kanak-kanak tersebut berusia dua hingga tiga tahun. Tambah beliau lagi, wanita hamil dan bayi memerlukan iodin untuk menghasilkan hormon tiroid. Hormon inilah yang akan menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pada tahap yang normal. Selain ...