Tips hamil:
[SHARING INFO]
1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi.
2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan
membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah
penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil
3. Dapatkan
berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang
terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda.
4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan
dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan
peluang untuk hamil.
5. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan
kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara
hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam,
tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras.
6.
Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang
merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk
mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil
supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.
7.
Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara
keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan
semasa bersalin.
8. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal
pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah
ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah
satu sebab mengapa wanita sukar hamil.
9. Kurangkan tekanan.
Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni.
Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah
ketidaksuburan.
Ulasan
Catat Ulasan