Tips-tips kesuburan

 Tips-tips kesuburan


Ada yang sudah berumahtangga dan masih belum menimang cahaya mata? Ada yang tertanya-tanya, kenapa saya belum hamil? Apa sebabnya? Sedangkan suami dan saya tak mempunyai apa-apa masalah....


Perlulah kita sentiasa beringat, anak adalah rezeki dari Allah... tetapi kita juga dihendaklah sentiasa berusaha untuk mencapai hajat kita.

Bagi pasangan yang bermasalah, boleh mangamalkan tips-tips berikut:

1. Pastikan haid anda teratur. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.
2. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.
3. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.
4. Pengambilan multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.
5. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
6. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
  • Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
  • Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
7. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. 

Cadangan pengambilan supplement untuk kesuburan
CARA RAWATAN BAGI WANITA/ ISTERI



  • Amalkan pemakanan yang sihat. Diet yang seimbang amat penting untuk meningkatkan kesuburan. Pengambilan protein daripada tumbuhan adalah lebih baik dari haiwan kerana tiada lemak tanpa kolestrol. Shaklee Soy Isolate Protein Powder (ESP) adalah contoh sumber protein daripada tumbuhan soya yang baik. 
  • Pengambilan vitamin / supplemen pre-natal adalah bagus untuk mereka yang sedang berusaha untuk hamil. Antara vitamin pre-natal yang boleh di ambil ialah Shaklee B-Complex with Asid Folik, Shaklee Sustained Released Vitamin C dan multivitamin Vita-Lea with Iron Formula.
  • Bagi wanita, pengambilan supplemen/ vitamin seperti EPO yang mengandungi GLA boleh meningkatkan 'cervical mucus'. Ianya akan memberi satu keadaan bagi memudahkan penempelan sperma pada ovum. Selain itu ia dapat menstabilkan hormon. Contoh GLA yang baik adalahShaklee GLA Complex.
CARA RAWATAN BAGI LELAKI/ SUAMI



  • Gaya hidup dan persekitaran yang dipenuhi toksik pada masa kini menganggu kesihatan dan kualiti sperma. Masalah biasa yang menganggu kesuburan lelaki ialah "low sperm count" dan juga "motality".
  • Bahan kimia seperti klorin dan clorox bleach juga akan memberi kesan kepada kualiti sperma.
  • Pengambilan Vitamin C dapat melindungi sperma dari kerosakan akibat proses oksidasi dan memulihkan kualiti sperma terutamanya bagi perokok. Sesetengah lelaki mengalami masalah sperma yang melekat di antara satu sama lain membentuk ketulan (agglutinasi) dan ia akan menjejaskan kesuburan. Vitamin C didapati berupaya mengurangkan masalah agglutinasi sperma. Contoh Vitamin C terbaik adalah Shaklee Sustained Released Vitamin C.
  • Kekurangan Zink dapat mengurangkan bilangan sperma dan meyebabkan masalah mati pucuk.  Beberapa kajian menunjukkan lelaki yang mengamalkan supplemen zink dapat memperelokkan kualiti sperma, meningkatkan jumlah bilangan sperma, membantu pergerakkan sperma dan keupayaan mensenyawakan ovum oleh sperma. Contoh supplemen zink ialah Shaklee Zinc Complex.
  • Kajian awal menunjukkan pengambilan Vitamin E untuk lelaki dan wanita berupaya meningkatkan kesuburan. Vitamin E bertindak sebagai antioksidan untuk mengurangkan kerosakan kepada sperma akibat gejala radikal bebas. Contoh Vitamin E terbaik ialah Shaklee Vita-E Complex with Selenium. Daripada kajian menunjukkan Selenium dapat membantu "motality" atau daya gerak sperma.
Berusaha dengan iringan doa, diizinkan Allah, segalanya pasti berjaya..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 TIP MENAMBAH AIR MANI

Petua banyakkan susu badan