Vitamin Shaklee - Cara Makan Supplement
1. Energizing Soy Protein (ESP)
Elok diambil
waktu pagi semasa perut kosong, ini kerana pada waktu pagi kadar
metabolisme kita tinggi berbanding waktu lain. Maka, semua asid amino
dapat diserap dengan baik.
2. Alfalfa Complex
Jangan diambil
bersama Vitamin E atau GLA. Kerana ianya akan mengganggu penyerapan
vitamin E jika diambil bersama. Alfalfa adalah serat manakala Vitamin E
adalah vitamin yang berfungsi baik jika ada lemak. Serat sangat suka
menyerap lemak yer...perlu inagt tu ;-)
3. Ostematrix sebagai Sumber Kalsium
Elok diambil sebelum tidur. Tidak boleh diambil bersama iron (sumber iron adalah Vita-Lea Multivitamin)
4. Vita-C Sustained Release
Jika anda selsema
dan demam, bolehlah dipatahkan dua vita-C sebelum ditelan. Ianya juga
boleh dilarutkan dengan sedikit air untuk dijadikan masker muka.
5.Vita-Lea Multivitamin
Jangan diambil
bersama minuman bersusu dan sumber kalsium lain seperti Ostematrix
kerana boleh mengganggu efisiensi penyerapan zat besi (iron). Baik jika
diambil bersama vitamin C kerana iron memerlukan vitamin C untuk lebih
mudah diserap. Di dalam Vita-Lea ada mengandungi 60mg Vitamin C.
6. Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K)
Diambil selepas mengambil makanan berlemak/ berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.
7. Jangan mengambil vitamin dengan minuman berkafein.
Ianya boleh
mengurangkan efisiensi penyerapan vitamin. Jikalau nak amik minuman
berkafein gak...amik la 1/2 jam sebelum atau selepas makan vitamin yer
;-)
Ulasan
Catat Ulasan