BAYI KEMBUNG PERUT

BAYI KEMBUNG PERUT

Tanda-tanda bayi anda mengalami kembung perut (colic): 
1) Menangis atau menjerit yang kuat dan berterusan - selalunya semakin teruk pada waktu petang dan malam.
2) Bayi anda menarik-narik kakinya ke arah perut.
3) Kentut.
4) Muka menjadi merah.
5) Perut kembung selepas makan / minum susu.

Ada beberapa sebab kenapa kembung perut terjadi. Walaupun ia tidak berapa diketahui, kemungkinan ia berlaku kerana:
1) Usus perut mengalami spasm.
2) Tertelan udara semasa minum susu atau semasa menangis.
3) Alahan kepada makanan atau tidak tahan dengan laktosa.
4) Lapar.
5) Tidak hadam makanan.

Cara-cara merawatnya:

Langkah-langkah yang tidak melibatkan penggunaan ubat boleh dilakukan:
1) Meletakkan tuala yang suam ke atas perut bayi boleh dilakukan.
2) Letakkan bayi di atas perutnya dan usap belakang badannya.
3) Gerakkan bayi anda secra berirama (dodoi).
4) Alihkan perhatian bayi anda seperti memandikannya dsb.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 TIP MENAMBAH AIR MANI

Soya Bawa Bahaya? Benarkah? ESP Shaklee NON-GMO?