KURUSKAN BADAN KETIKA RAMADHAN
Peningkatan bilangan penduduk negara ini yang mengalami obesiti adalah fenomena yang menggerunkan. Berpuasa selama sebulan sepanjang Ramadan ini dengan teknik tertentu dari segi pemakanan ketika makan malam dan bersahur dipercayai dapat membantu seseorang yang mengalami berat badan berlebihan mengurangkan berat badan mereka. Tiada definisi sejagat untuk berat badan berlebihan dan obesiti. Definisi yang penulis biasa gunakan ialah berlebihan berat badan merujuk kepada berat badan dalam lingkungan 20 peratus melebihi berat badan ideal. Obesiti pula ialah berat badan melebihi kadar berat badan berlebihan. Berikut ialah panduan yang diharapkan dapat membantu seseorang mengenal pasti jenis dan kadar makanan yang sesuai dalam usaha bukan sahaja mendapatkan berat badan ideal atau menurunkan berat badan tetapi agar sentiasa sihat. Sebahagian pakar kesihatan alternatif membahagikan metabolisme manusia kepada tiga jenis iaitu metabolisme pemakan daging, pemakan sayuran/bijirin dan pemak...