Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Kepentingan Iodin Untuk Ibu Hamil

Imej
0   Ketika  hamil , wanita perlukan nutrien secukupnya agar diri dan  bayi  dalam kandungan sihat. Kekurangan sesetengah nutrien penting boleh menyebabkan kandungan bermasalah. Antara yang perlu diambil berat ialah tentang pengambilan iodin. Ikuti kupasan lanjut tentang hal ini oleh Profesor Creswell J. Eastman, Perunding Perubatan Endokrinologi dari Universiti Sydney, Australia. Menurut Prof. Eastman, iodin penting bagi wanita hamil untuk mengelakkan  bayi dalam kandungan  mengalami  masalah . Katanya, iodin perlu untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi yang normal terutamanya ketika masih dalam kandungan. Dan keperluan ini berlanjutan sehinggalah kanak-kanak tersebut berusia dua hingga tiga tahun. Tambah beliau lagi, wanita hamil dan bayi memerlukan iodin untuk menghasilkan hormon tiroid. Hormon inilah yang akan menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pada tahap yang normal. Selain itu, hormon tiroid ini dapat memba

JANGAN PUKUL ANAK

Imej
Renungan bersama... 1) Jangan pukul anak dari lutut keatas 2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali mena mpar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control 3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak 4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan). 5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk) 6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran) 7) Berikan peneguhan setiap kali anak

TIPS ANAK DEMAM, BATUK & SELESEMA

Imej
•Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sa ins dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi. •Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali Nasa ada selsema, alhamdulillah maksimum pun 3 hari. •Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kel

11 Tip Membantu Percepatkan Sembuh Luka Ceasarean

Imej
11 Tip Membantu Percepatkan Sembuh Luka Ceasarean ---------------------------------------------------------------- Sekiranya anda menjalani pembedahan Ceasarean, penjagaannya agak berbeza kerana luka anda adalah pada perut dan bukannya pada  vagina. Luka akibat pembedahan memerlukan lebih penjagaan dan perhatian rapi kerana jahitannya lebih besar serta dalam berbanding luka episiotomi. Berikut adalah tip-tip mudah yang boleh anda amalkan untuk memastikan luka pembedahan pulih dengan cepat, iaitu; 1. Bergerak lebih awal Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan. 2. Makan

Kerak Di Kepala Bayi

Imej
Kerak Di Kepala Bayi ----------------------- Kenapa kepala bayi saya comot dan seperti berkelemumur? Tentu ada sesetengah daripada papa dan mama berhadapan dengan situasi begini. Usah risau, ketahui apa masalah tersebut lebih lanjut. Sekir anya anda melihat kulit kepala bayi berkerak dan adakalanya kelihatan seperti kelemumur, tebal, berminyak, kerak bertompok kecoklatan, ia adalah cradle cap atau kulit berkerak.

Info untuk ibu2 yg berpantang

Imej
Info untuk ibu2 yg berpantang --------------------------------------- Hindari ikan -ikan yang berbisa saperti ikan bawal hitam , ikan terubuk, ikan pari, ikan kembung , sembilang , tongkol, parang dan juga makanan laut yang lain dimana ia b oleh menyebabkan luka-luka dan bengkak dalam rahim sukar sembuh dengan cepat . Ia juga akan mendatangkan rasa kesakitan yang berbisa serta keluaran cecair yang berbau busuk . Ini boleh menyebabkan infeksi kuman yang membawa kegatalaan dan masaalah kulit,dibahagian sulit. Ibu -ibu bersalin adalah dilarang memakan ikan masin ketika didalam pantang kerana ia boleh mengakibatkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering serta melemahkan daya tekanan fizikal dan mentalnya. Ibu bersalin dinasihati jangan makan sayur-sayuran yang menjalar dan sejuk , minuman sejuk bergas dan tajam saperti air tebu , air cincau , nanas, air kelapa muda , jambu, belimbing , durian belanda , mangga dan betik. Segala ini boleh menyebabkan masaalah penyakit tulang , sejuk ot

Urutan Rangsang Bayi

Imej
Urutan Rangsang Bayi -------------------------- Sentuhan dan belaian mempunyai kuasa magis kerana ia dapat mempengaruhi perkembangan positif terhadap emosi dan psikologi bayi yang diurut. Amalan urutan dan sentuhan daripada ibu boleh menja di perangsang kepada perkembangan psikologi dan tumbesaran bayi. Urutan muncul sebagai rawatan alternatif terbaik memberi perlindungan awal bayi daripada jangkitan. Bahkan ia juga terapi berkesan membantu merangsang perkembangan bayi pra matang. Kajian ke atas bayi pra matang yang diberikan urutan pada kepala, bahu, belakang badan, kaki dan tangan selama lima minit tiga kali sehari menunjukkan pertambahan berat badan antara 21 hingga 47 peratus seterusnya membolehkan mereka keluar dari hospital lebih awal. Antara faedah yang diperoleh oleh bayi yang diurut adalah seperti berikut: 1. Membantu pembesaran fizikal bayi. 2. Menguatkan ketahanan tubuh badan. 3. Membina keyakinan diri. 4. Membantu bayi berasa tenang dan selesa. 5. Mengeratkan ikatan kasi

Apa yang dijangka berlaku pada saat saat akhir kehamilan?

Imej
Apa yang dijangka berlaku pada saat saat akhir kehamilan? -------------------------------------------------------------------  Rasa bertenaga dengan tiba tiba dan nak berkemas atau ‘Nesting Instinct’  Rasa lega pada bahagian atas perut dan  kurang sukar bernafas- Ini disebabkan bayi yang sudah turun atau kepala sudah engage.  Kerap kencing- disebabkan tekanan kepala pada pundi kencing  Sakit perut  Cirit-birit  Keluar lendir tercalit darah dari faraj – menunjukkan serviks sudah terbuka akibat tekanan dari kepala bayi  Berat badan menurun  Sedikit peningkatan dalam tekanan darah Walaubagaimanapun cuma sesetengah wanita sahaja yang mungkin mengalami tanda tanda tersebut. Sekiranya anda tidak mengalaminya, jangan risau. Badan setiap wanita adalah berbeza dan berubah dari kehamilan pertama dan seterusnya. Jadi apa yang anda mengalami kali pertama mungkin tidak berlaku kali kedua. Tanda-tanda dibawah menunjukkan anda akan bersalin bila bila masa ------------------------------------------

Isteri Saya Suka Dipeluk

Imej
Isteri Saya Suka Dipeluk --------------------------- Siapa yang tidak suka dipeluk dan dimanjakan terutama oleh orang tersayang. Bukan kata anak-anak sahaja suka dipeluk mama dan papa tetapi mama juga suka apabila dipeluk oleh papa. Terasa  bahagia dan selamat berada dalam dakapan suami tercinta. Tetapi kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Kadang kala bagi sesetengah suami, terutama ketika mereka sedang sibuk bekerja, pelukan dan perlakuan manja isteri ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi rangsangan kepada jiwa mereka. Wahai suami ketahuilah bahawa jika isterimu jarang dipeluk, semangatnya akan menjadi lemah dan kurang bertenaga kerana tidak mendapat cas positif daripada separuh jiwanya. Kasih sayang yang tidak dibuktikan tersebut boleh menjerut rasa seterusnya memberikan aura negatif kepada si isteri. Jadi bila suami peluk, baru terasa bersemangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga. Pe

KEHAMILAN

Imej
Di bawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung 1. Rasa lapar yang berpanjangan Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda 2. Perubahan pada warna di sekliling payudara Sekiranya kulit di sekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu 3. Kerap membuang air kecil Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air 4. Merasa tidak bermaya Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh memb

Bagaimana GLA Complex Shaklee membantu mempercepatkan kehamilan?

Imej
0 Seperti yang saya nyatakan di dalam  entry ni , GLA Complex Shaklee boleh membantu dalam mempercepatkan kehamilan. Bagaimana tu? Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil ?  GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan  ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga  membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari . Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5.:)   Kenapa? Jom kita tengok fungsi GLA. GLA ini adalah gamma linolenic acid ye, bukan GLA Com