Khamis, 2 Oktober 2014

Soya Bawa Bahaya? Benarkah? ESP Shaklee NON-GMO?

Soya Bawa Bahaya? Benarkah? ESP Shaklee NON-GMO?

Baru-baru ini kecoh dengan satu artikel yang mengatakan bahawa mengambil produk soya adalah bahaya.
Setelah sekian lama, mengambil soya, saya agak terperanjat dengan kenyataan ini.

Jadi saya terus mengkaji, apa yang menyebabkan soya boleh jadi bahaya.

Terdapat pelbagai jenis soya di pasaran. Samada di supermarket atau pasar malam. Ada dalam bentuk serbuk, cecair, dalam kotak dan sebagainya. Adakah soya yang kita ambil selamat?


 ADAKAH SOYA ANDA SELAMAT?

Adakah kacang soya kegemaran anda…

Ditanam secara organik?
Tidak menjalani proses genetik (Bukan GMO)?
Mengandungi 9 asid amino penting?
Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya yang mengasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol?
Bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan disingkirkan?
Diproses tanpa haba?
Ditambah dengan kalsium? (ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid – dineutralkan bila kalsium ditambah)?
Sekiranya anda mendapati semuanya atau kebanyakannya TIDAK, maka inilah masanya untuk anda mendapatkan minuman soya yang terjamin dengan ciri-ciri di atas.

Apakah penerangan di sebalik ciri-ciri di atas?

KACANG SOYA TIDAK ORGANIK (menggunakan baja kimia, pestisid, etc) – mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi nitrat. Kandungan nitrat yang tinggi membawa risiko KANSER!!!

KACANG SOYA GMO -  lebih murah untuk menghasilkannya, dan lebih berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan toksin!

9 ASID AMINO - adalah penting untuk proses penghasilan hormon, antibodi dan enzim. Kekurangan asid amino perlu ini menjadikan tubuh kita kurang berkesan untuk menjalankan proses-proses penting dalam tubuh.

KACANG SOYA DIPROSES DENGAN ALKOHOL – mengurangkan kadar isoflavone hingga 88%! Isoflavone adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser. Ia juga penting dalam tindakan hormon dan jisim tulang.

BAHAN ANTI-TIROID & ANTI-PERTUMBUHAN – menyebabkan fungsi tubuh terganggu dalm meningkatkan risiko kanser.

KACANG SOYA YANG DIPANASKAN - merosakkan kandungan proteinnya!

KACANG SOYA YANG DIPROSES (DIBUANG MINYAKNYA) – menjadi berasid. Kalsium yang ditambahkan akan menjadikannya neutral semula.

Sanggupkah anda merisikokan diri dengan mengambil langkah yang tidak selamat, sedangkan anda sebenarnya ingin menjaga kesihatan? Mungkin anda dah pernah baca tentang risiko penyakit kanser yang disebabkan oleh soya.. seperti yang digembar-gemburkan.

Dapatkan soya yang berkualiti dan selamat.


Energizing Soy Protien Shaklee adalah dari sumber yang selamat. Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan  protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik)  yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.



Pilihkan soya yang selamat !!

Nak cuba ESP??

Cepat hubungi saya: 016-2289060


Selasa, 21 Januari 2014

Bagaimana Untuk Mengubati Penyakit Darah Tinggi

Istilah merawat boleh dikatakan sebenarnya adalah tidak berapa tepat, kerana suplemen tidak merawat sebaliknya mencegah dan mengatasi.
Darah tinggi adalah salah satu pembunuh senyap yang utama. Ia merupakan penyakit yang kurang didiagnos dan dirawat di seluruh dunia sehinggalah hari ini. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukkan bahawa kira-kira 24% penduduk Malaysia menghidap darah tinggi .

Penyakit tekanan darah tinggi semakin meningkat di Malaysia sepanjang 10 tahun kebelakangan ini dan kini membabitkan kira-kira 4.8 juta rakyat Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican. 


Kira-kira 43 peratus rakyat Malaysia yang berumur melebihi 30 tahun menderita penyakit kronik ini, iaitu peningkatan daripada 33 peratus yang direkodkan pada tahun 1996, tambah beliau dalam ucapan pembukaan di Mesyuarat Tahunan Saintifik Ketujuh Persatuan Hipertensi Malaysia.
Kebanyakannya disebabkan oleh pembentukan ‘benteng’ dalam salur darah yang disebabkan oleh kolesterol.Darah tinggi merupakan satu faktor utama untuk mendapat penyakit kronik lain seperti arteri koronari, cerebrovaskular, arteri periferi dan kegagalan ginjal. Penghidap darah tinggi berisiko untuk mendapat strok atau angin ahmar.


Cara Untuk Mencegah Daripada Serangan Darah Tinggi


  • Jangan merokok. Ingat lah yang tersayang...
  • Mengekalkan berat badan yang sihat
  • Kerap bersenam
  • Makan makanan yang sihat
  • Ambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Kurangkan makanan bergoreng; makanan yang dikukus, panggang atau dibakar lebih elok
  • Kurangkan pengambilan makanan yang sarat dengan kolesterol.
  • Ambillah suplemen yang bersesuaian dan pastikan yang semulajadi

  • Pengambilan supplemen shaklee dapat mengawalnya dari menjadi lebih teruk, mengurangkan simptom, serta mengelakkan darah tinggi dari berlaku.


    Vitamin Shaklee yang disarankan kepada penghidap darah tinggi:-
      1. Vitamin Asas iaitu Vitalea, B Complex dan Vita-C –> membekalkan sokongan yang diperlukan oleh sistem imun badan untuk melawan sebarang kesan jangkitan dan mengekalkan kesihatan kardio-vaskular.
      2. Carotomax, Vita-C dan Vita-E –> gabungan nutrien antioksidan penting untuk mengurangkan risiko penyakit yang terhasil daripada aktiviti radikal bebas.
      3. Omega Guard –> merendahkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan fungsi jantung
      4. Garlic Complex –> mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolesterol dan memelihara kesihatan selular

      RESDUNG,ALERGY,ECZEMA,ASTHMA



      Set G dicadangkan untuk mereka yang bermasalah elergi, resdung, asma, gegata, ekzema dan alahan, atau katanya 5 serangkai. Ia mengandungi B complex, Vita C dan Alfalfa. Dibawah adalah perinciannya ihsan MamaFaiz

             

                                        


                                                


      Vitamin C:

      • Bertindak sebagai anti-histamin, tanpa kita perlu mengalami side effect dari pengambilan drugs anti-histamin
      •  



      B Complex:
      • B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan.
      • Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
      • Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
      • Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress



      Alfalfa:
      • Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri.
      • Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives).
      • Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.
                 

        








      Dan saya amat2 menggalakkan anda mengambil sekali ESP (energizing soy protein) bersama2 set ini..kerana protein adalah asas kepada segala2nya...



      ALFALFA DARI SHAKLEE

      POKOK ALFALFA

      Adat manusia kita sering gelabah & terkejut apabila membaca sesuatu info tanpa memastikan kesahihan info tersebut. Kita selalu mengambil yang negatif dahulu berbanding positif. Adakah selamat mengambil Alfalfa sebagai supplemen tambahan bagi ibu yang menyusukan?

      Alfalfa diperakui telah dapat merawat pelbagai masalah kesihatan yang serius sejak zaman dahulu lagi. Ianya adalah tumbuhan yang kaya dengan pelbagai nutrisi. Ianya telah digunakan oleh manusia sejak 2500 tahun dan telah DIKENALPASTI sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia juga membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 

      Alfalfa adalah bahaya sekiranya ianya adalah alfalfa dari sumber biji benih, batang atau yang selain dari daun alfalfa yang telah matang. 

      Sumber Alfalfa Shaklee adalah dari daun alfalfa dan hanya dituai apabila ianya mencapai kematangan mutlak kerana hanya daun alfalfa yang telah matang mengandungi klorofil. Bukan saya berkata-kata kosong ye.. jurnal terkenal di seluruh dunia juga berkata-kata The American Journal of Clinical Nutrition.

      Perbezaan Shaklee

      Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya telah dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun 1950 an.

      1) Alfalfa shaklee diperolehi dari tanaman alfalfa (Medicago sativa) yang telah ditanam secara organik di California yang dijamin bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos iaitu bebas dari bahan kimia.

      2) Medicago Sativa merupakan tumbuhan alfalfa yang memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa lain. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai  sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.

      3) Daun alfalfa shaklee hanya dituai apabila ianya mencapai kematangan mutlak kerana hanya daun alfalfa yang telah matang mengandungi klorofil.

      4) Daun-daun alfalfa juga telah dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.
      Pendedahan kepada suhu panas pastinya akan menjejaskan nutrisi daun alfalfa tersebut.


      5) Keseluruhan proses dari penanaman sehingga dikompres menjadi tablet dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti.

      6) Setiap tablet mengandungi 300 mg alfalfa.


      So kesimpulannya sila selidik supplemen alfalfa yang anda makan itu dari sumber mana. Pastikan ianya adalah dari bahagian daun yang telah benar-benar matang.


      Berminat untuk mendapatkan Alfalfa Shaklee? .

      pm/whatsapp/sms: 016-2289060

      Supplemen Sesuai Untuk Ibu Hamil (Trimester II & III)



      Set Ibu hamil Shaklee membekalkan nutrien yang terbaik untuk ibu & bayi. Nutrien yang diekstrak dari sumber semulajadi terbukti secara klinikal, selamat, berkesan dan berpatutan.

      OsteMatrix(calcium magnesium)
      Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la.. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.. vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot dan  menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. 

      Sekiranya ibu mengandung kekurangan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.



      Energizing Soy Protein
      Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. 

      Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. 

      Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, kekuatan uterus/ rahim  serta menyokong perkembangan dan tumbesaran bayi. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.



      Omega 3 (Omega Guard)
      Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega ni penting untuk pembentukan otak dan mata baby. 

      Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan. Tidak kurang pentingnya, Omega mengelakkan sakit2 sendi yang kadangkala berlaku terutamanya di bahagian lutut akibat menampung berat badan yang bertambah dengan peningkatan berat janin.




      Vitamin B Complex
      B Complex Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.





      Vitamin C

      Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.





      Vita-Lea Iron Formula

      Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. AOleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.


      Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung ni kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya...Oleh itu, pertumbuhan baby yg dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna..Peliharalah kesihatan anak anda sejak dari alam rahim lagi..


      Isnin, 13 Januari 2014

      Suri Rumah Boleh Menjana Pendapatan Lumayan dengan Shaklee

      Jom tambah pendapatan kita!

      Selamat tahun baru semua pencinta blog Vitamin Kesihatan Anda.  Bagaimanakah perasaan uols memasuki tahun baru ini? Sudah mempunyai azam baru ke? Azam tahun lepas berapa percent dapat dilaksanakan? Berjayakah mencapai KPI yg uols tetapkan? Semestinya tahun 2014 menjanjikan tahun yang penuh mencabar dan kita perlu bekerja dengan lebih rajin lagi demi meningkatkan ekonomi kita dan keluarga. Jiwa perlu kental! Jangan mengalah dengan keadaan.



      Memang best buat  Shaklee business ni


      Umum mengetahui tahun 2014 adalah tahun yang dikatakan tahun NAIK. Nilai not rm50 seakan tidak membawa apa-apa makna untuk kita pada hari ini. Pergi sahaja ke pasar malam. Apa yang kita dapat beli dengan rm50. Banyak ke barangan yang kita dapat beli? Cukupkah untuk keluarga kita? Memang pening bila memikirkan perbelanjaan kos kehidupan meningkat tetapi gaji masih lagi ditakuk lama. Kalau naik pun alaaahaaii berapa jer. Betul tak?

      Entri pertama saya di tahun baru ni nak cerita macam mana suri rumah boleh menjana pendapatan lumayan dengan Shaklee meningkatkan ekonomi keluarga. Siapa suri rumah? Sila angkat tangan! Melakukan kerja di rumah juga sudah menjadi trend pada zaman globalisasi ini. Kerja dari rumah juga mampu meraih pendapatan 3,4,5 atau 6 angka sebulan. U DECIDE!



      Memang best buat  Shaklee business ni


      Perniagaan ini boleh dibuat 100% secara online. Semua dihujung jari. Boleh order melalui online. Insyallah dalam 1 atau 2 hari bekerja sampailah barang ke tangan kita atau ke tangan customer. Mudahkan? Sambil kita jaga anak-anak  di rumah dan buat kerja suri rumah kita boleh lagi berniaga. Kita tak perlu nak keluar rumah cari kerja lain dah. Shaklee memang menjanjikan pendapatan lumayan. 

      Bermula dengan RM75 sahaja. Daftar keahlian cuma RM75 dan anda akan diberikan satu bisnes kit yang mengandungi detail produk, detail harga pengedar, cara kiraan bonus, dan bermacam-macam lagi. 

      Antara keistimewaan bisnes Shaklee ini:


      • Tidak memerlukan modal yang besar
      • Konsep bisnes 'Jual macam tak jual'
      • Kita tak cari customer, tapi customer yang cari kita
      • Tidak perlu membuat stok di rumah.
      • Tidak perlu 'head-hunting' atau mencari kaki.
      • Tidak memerlukan saya keluar daripada rumah.
      • Product-based ataupun bisnes berasaskan jualan produk.
      • Adil dan tiada penindasan.
      • Mematuhi syariat perniagaan Islam.

      Memang best buat  Shaklee business ni! Jom follow saya yang kini sudah meraih pendapatan 3-4 angka sebulan! Jom daftar Shaklee bersama saya sekarang!



      Hubungi saya sekarang di:

      Marziana Mohamad
      ♥ sms/whatsApp: 016-2289060
      ( Shaklee Independent Distributor - 884489)

      Kalau uols suri rumah yang berazam serius nak tambah pendapatan keluarga, bantu suami, nak keluar dari kemelut jom ikut saya...kita berjaya bersama-sama.

      Set Diet Basic dengan Cinch Shake Shaklee

      Set Diet Basic dengan Cinch Shake Shaklee

      Lumrah dunia bila cerita bab kurus, turun berat berkilo-kilo, ramai yang teruja nak tahu apa rahsianya. Baik yang solo, berkahwin dan ibu menyusu memang mengidamkan badan kurus, ramping dan langsing. Siapa yang tak mahu kuruskan? Wanita mahu pun lelaki memang mengidamkan bentuk badan kurus sepanjang zaman. Awas! Pastikan kita mengamalkan program diet yang betul untuk mencapai kurus yang sihat. 


      Langsing dan Ramping Dengan Cinch Shake


      Shaklee ada vitamin yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan secara ideal. Tapi apa yang penting, kita haruslah berdisiplin dalam menjaga pemakanan, minum air 3L sehari (ini sememangnya keperluan asas setiap manusia, juga membantu untuk membakar lemak ) dan untuk mendapat kesan yang cepat.


      3 cara untuk menurunkan berat badan dengan Shaklee

      Pertama: Detox

      Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

      Untuk detox vitamin yang sesuai adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.


      Kedua: Memecahkan Lemak

      Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak itu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak daripada melekat pada dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

      Walau apa jua supplemen yang kita makan untuk kurus, kita wajib menjaga pemakanan seharian. Jangan makan sesuka hati. Kurangkan lemak dan minyak serta rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.


      Ketiga: Membina Otot dengan Protin

      Protin sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, perkembangan otot, mengawal nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protin dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.


      Kenapa perlu mengambil protin? Untuk menguraikan lemak daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Pastikan protin terkandung dalam setiap makanan jika kita sedang berdiet. Contoh makanan yg kaya protin ialah kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu, kekacang, avokado, ayam, dan tauhu,

      Untuk protin terbaik, saya cadangkan Cinch Shake Shaklee. Cinch Shake Shaklee membantu kurus dengan lebih berkesan. Ibu yang menyusukan anak tidak digalakkan ambil Cinch Shake ni, tetapi gantikan ia dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)



      Langsing dan Ramping Dengan Cinch Shake


      Mari kita mengenali keistimewaan Cinch Shake Shaklee ini:

      • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa santapan manis
      • Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protin eksklusif diperkaya dengan asid amino leusina
      • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot
      • Terdapat 24 gram protin dalam setiap sajian
      • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
      • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
      • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
      • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
      • Soya bukan GMO

      Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
      Marziana Mohamad

      ♥ sms/whatsApp:  016 - 2289060